Herzegovina

Herzegovina
Hercegovina / Херцеговина
Wilayah bersejarah
Anggaran wilayah Herzegovina dalam Bosnia dan Herzegovina
Koordinat: 43°28′37″N 17°48′54″E / 43.47694°N 17.81500°E / 43.47694; 17.81500
NegaraBosnia dan Herzegovina
Bandar terbesarMostar
Keluasan
 • Jumlah11,000 km2 (4,000 batu persegi)
Penduduk
 (2013)
 • Jumlah434,623
 • Kepadatan40/km2 (100/batu persegi)
 • Jumlah % dari Bosnia dan Herzegovina
12.31%
 • Kumpulan etnik
Croat 55.56%
Bosniak 22.69%
Serb 20.21%
DemonimHerzegovina
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)CEST

Herzegovina (/ˌhɛərtsɪˈɡvɪnə/ HAIRT-si-GOH-vi-nə atau /ˌhɜːrtsəɡˈvnə/; Bosnia: Hercegovina, Херцеговина, [xɛ̌rtsɛɡov̞ina]) adalah sebuah wilayah yang terletak di selatan Bosnia dan Herzegovina. Meskipun tiada sempadan rasmi yang memisahkannya dengan wilayah geografi Bosnia, secara umumnya sempadannya diterima antara Dalmatia di tenggara, Montenegro di timur, Mount Maglić di timur laut, dan Gunung Ivan di utara. Ukuran julat luasnya adalah sekitar 11,419 km2 (4,409 bt2), atau sehingga kira-kira 22% ke 12,276 km2 (4,740 bt2), 24% daripada jumlah keluasan seluruh negara pada hari ini.

Nama Herzegovina bermaksud "tanah milik duke", merujuk pada duchy pada Zaman Pertengahan, Stjepan Vukčić Kosača yang menggunakan gelaran Herceg dari Saint Sava. Herceg diterbitkan daripada gelaran Jerman Herzog.