Helmuth Weidling
| Helmuth Otto Ludwig Weidling | |
|---|---|
Helmuth Weidling pada tahun 1943 | |
| Kelahiran | 2 November 1891 Halberstadt, Wilayah Sachen, Kerajaan Prusia, Empayar Jerman |
| Meninggal dunia | 17 November 1955 (umur 64) Vladimir (Rusia), RSPS Rusia, Kesatuan Soviet |
| Kesetiaan | Empayar Jerman (hingga 1918) Republik Weimar (hingga 1933) Jerman Nazi |
| Perkhidmatan | Heer |
| Tahun perkhidmatan | 1911–45 |
| Pangkat | General der Artillerie |
| Arahan | Kor XL Panzer Kor XLI Panzer Kor LVI Panzer Kawasan Pertahanan Berlin |
| Pertempuran | Perang Dunia I
Perang Dunia II |
| Anugerah | Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang German Cross Iron Cross Kelas 1 Iron Cross Kelas 2 |
Helmuth Otto Ludwig Weidling (2 November 1891 – 17 November 1955) ialah seorang jeneral dalam Tentera Darat Jerman (Heer) sebelum dan semasa Perang Dunia Kedua. Weidling merupakan Panglima terakhir Kawasan Pertahanan Berlin semasa Pertempuran Berlin, dan memimpin pertahanan ibu negara itu menentang tentera Soviet, akhirnya menyerah diri sejurus sebelum berakhirnya Perang Dunia Kedua di Eropah.
Dalam kerjaya tenteranya, beliau telah dikurniakan pingat Knight Cross of the Iron Cross berserta Daun Oak dan Pedang.