Harakah
| Jenis | Akhbar Mingguan |
|---|---|
| Format | Tabloid |
| Diasaskan | 1987 |
| Pemihakan politik | Parti Islam Se-Malaysia |
| Bahasa | Bahasa Melayu |
| Ibu pejabat | Jalan Pahang Barat, Off Jalan Pahang, 53000 |
| Bandar | Kuala Lumpur |
| Negara | Malaysia |
| Edaran | Seluruh Malaysia [1] |
| Akhbar saudara | Harakahdaily |
| Pemilik | Parti Islam Se-Malaysia |
| Pengasas | Mohd Nakhaie Haji Ahmad, Subky Abdul Latif, Mohd Yusof Jalil, Ishak Haji Surin |
| Penerbit | Galeri Media Serbaneka Sdn. Bhd. |
| Pengarang | Kartini Ahmad (penyandang) |
| Laman sesawang | eharakah |
Harakah ialah akhbar yang diasaskan pada 1987 oleh Parti Islam Se-Malaysia (PAS). PAS diberikan permit penerbitan Harakah pada 1 Mac 1987 dengan kekerapan seminggu sekali. Edisi pertama Harakah diedarkan tujuh hari sebelum Muktamar PAS ke-33 iaitu pada 3 April 1987 dengan cetakan sebanyak 15,000 naskah. Pada awalnya ia dijual pada ahli PAS dengan bilangan 35,000 keluaran. Peneraju awal Harakah adalah Dato' Mohammad Nakhaie Ahmad dan dibantu oleh Haji Subky Abdul Latif, Mohd Yusof Jalil dan Ishak Haji Surin.