Geseran sisian gusi tak bersuara
| Nombor AFA | 148 | ||
|---|---|---|---|
| Pengekodan | |||
| X-SAMPA | K | ||
| |||
| Sampel audio | |||
|
sumber · bantuan | |||
Geseran sisian gusi tak bersuara ialah sejenis bunyi konsonan yang terdapat dalam sebilangan bahasa lisan, dilambangkan oleh aksara ɬ dalam Abjad Fonetik Antarabangsa (IPA) dan K dalam X-SAMPA. Aksara ɬ dipanggil "l berbalut", dan tidak wajar dikelirukan dengan "l bertilde", [ɫ], yang digunakan untuk bunyi malaran tak geser sisian gusi divelarkan.
Bunyi ini begitu jarang ditemui di kalangan bahasa-bahasa Eropah di luar rantau Caucasus (terutamanya sekali dwihuruf ll dalam bahasa Wales), namun agak banyak ditemui dalam bahasa-bahasa Pribumi Amerika seperti Navaho dan bahasa-bahasa Kaukasia seperti Avar, serta bahasa-bahasa Afrika seperti Zulu dan bahasa-baahsa Asia seperti Chukchi.