Genosid Armenia

Genosid[a] Armenia atau penghapusan etnik Armenia (Bahasa Armenia: Հայոց ցեղասպանություն Bahasa Armenia: Hayots tseghaspanutyun) dilakukan oleh kerajaan Turki dari tahun 1915-1917 semasa Empayar Turki Uthmaniyah. Ia melibatkan penangkapan serta penahanan ratusan hingga ribuan dari 1.5 juta penduduk kaum Armenia dari serata empayar Uthmaniyah di mana mereka disamun, dibunuh mahupun dirogol.

Kes ini dianggap sebagai penghapusan etnik yang pertama dilakukan secara sistematik pada zaman moden ini. Malah, konsep suatu "genosida" mula digunakan bagi menggambarkan kejadian besar ini oleh para pengkajinya, terutamanya oleh Raphael Lemkin, seorang peguam dan cendekiawan pada sekitar 1943 ke 1944. Ia merupakan antara kejadian pembasmian kaum paing dikenali, selain Holokus yang menimpa bangsa Yahudi se-Eropah. Pada 1914, terdapat 2 juta etnik Armenia dalam Empayar Uthmaniyah. Etnik Armenia menjadi majoriti di timur Anatolia terutama di sekitar Kustantiniyah. Hampir dua dekad mereka dilayan dengan kejam dan dibunuh.