Formula Satu musim 2012

Kejuaraan Dunia FIA Formula Satu musim 2012
Sebelum: 2011 Seterusnya: 2013
Indeks: Perlumbaan mengikut negara | Perlumbaan mengikut musim

Formula Satu musim 2012 adalah musim Formula Satu yang ke-63 yang dianjurkan oleh Fédération Internationale de l'Automobile (FIA). Musim ini dipertandingkan sebanyak 20 perlumbaan, yang bermula di Australia pada 18 Mac dan berakhir di Brazil pada 25 November. Grand Prix Amerika Syarikat kembali pada musim ini dan diadakan di Circuit of the Americas, sebuah litar yang dibina khas di Austin, Texas. Selepas dibatalkan pada tahun 2011 berikutan bantahan awam, Grand Prix Bahrain kembali ke kalendar Formula Satu musim ini.

Di samping itu, musim ini memecahkan rekod jumlah juara semasa dan bekas juara dunia pemandu yang memulakan musim Formula Satu, dengan Sebastian Vettel, Jenson Button, Lewis Hamilton, Kimi Räikkönen, Fernando Alonso dan Michael Schumacher memulakan musim ini. Musim 2012 juga menyaksikan tujuh pelumbaan pertama dimenangi oleh tujuh pemandu berbeza.