Fon

Fon atau pasuan (font) ialah bentuk aksara termasuk huruf, angka dan tanda baca dalam sesebuah muka taip dengan ukuran dan gaya tertentu agar boleh dibaca selepas dicetak atau dipaparkan.

Bentuk-bentuk ini boleh digayakan dengan mengubah sedikit penampilan pada sebahagian perkataan agar lebih menonjol daripada petikan penulisan lain untuk tujuan tertentu:

  • huruf yang tebal (dalam bahasa Inggeris: bold) garis asas berbanding teks sekeliling menunjukkan perkataan yang penting dan mesti diingati sebelum bacaan selanjutnya boleh disusuli. Kamus-kamus juga menebalkan perkataan yang didahulukan sebelum takrifannya agar senang dicari daripada banyak perkataan yang sama huruf mulanya serta berderet-deret.
  • huruf yang condong (dalam bahasa Inggeris: italic) digunakan untuk membezakan seberapa benda penting:
    1. antara dua bahasa berlainan dalam sesebuah penulisan,
    2. judul sesebuah karya termasuk filem, penerbitan seperti majalah dan surat khabar,
    3. penamaan sesebuah spesies hidupan yang lazim menggunakan bahasa Latin (contoh: Panthera tigris, Homo sapiens)
    4. simbol-simbol matematik termasuk dalam perkiraan algebra dan fizik seperti pemalar matematik dan kuantiti fizikal
      "Kelajuan cahaya atau c bersamaan kira-kira 3.00×108 m/s."