Fatah

Fatah
فتح
PengerusiMahmud Abbas
Setiausaha agungJibril Rajoub (en)
Setiausaha amJibril Rajoub
Naib PengerusiMahmud Alul
PengasasYasser Arafat
Khaled Yashruti
Salah Khalaf
Khalil al-Wazir
Diasaskan1959 (sebagai gerakan politik)
1965 (sebagai parti politik)
Anggota bagi
Ibu pejabatRamallah, Tebing Barat
Sayap belia/pemudaPemuda Fatah
KetenteraanBriged Syuhada al-Aqsa
IdeologiNasionalisme Palestin
Demokrasi sosial
Sosialisme Arab
Sekularisme

Penyelesaian dua negara
Anti-imperialisme
Kedudukan politikKiri tengah ke kiri
Hubungan kebangsaanPertubuhan Pembebasan Palestin
Hubungan EropahParti Sosialis Eropah (pemerhati)
Hubungan antarabangsaPerikatan Progresif
Sosialis Antarabangsa
WarnaYellow
Slogan
  • يا جبل ما يهزك ريح
    "Yā jabal mā yhizzak rīḥ"
    ("Wahai gunung, tiada yang akan menggoncangmu")
  • ثورة حتى النصر
    "Thawra ḥattā l-naṣr"
    ("Kebangkitan hingga kemenangan")
Tapak sesawangfatehmedia.ps
Majlis Perundangan Palestin
45 / 132
  • Politik Negara Palestin
  • Parti politik
  • Pilihan raya
sunting · sunting di Wikidata

Fatah (Arab: فتح, rumi: Fatḥ, lit. 'Pembukaan'), sebelum ini Gerakan Pembebasan Kebangsaan Palestin (Arab: حركة التحرير الوطني الفلسطيني, rumi: Ḥarakat al-Taḥrīr al-Waṭanī l-Filasṭīnī), ialah sebuah parti politik kebangsaan dan demokratik sosial di Palestin. Ia merupakan kumpulan terbesar dalam badan kesekutuan pelbagai parti Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) dan kedua terbesar dalam Majlis Perundangan Palestin (PLC). Pengerusi parti ini ialah Presiden semasa Negara Palestin, Mahmud Abbas.

Fatah secara umumnya dianggap mempunyai penglibatan yang besar dalam usaha pembebasan Palestin yang lampau dan kekal membiayai sejumlah kumpulan pembebasan. Fatah amat mudah dikenal pasti dengan kepimpinan pengerusi pengasasnya, Yasser Arafat, sehingga kematiannya pada 2004, dan disambung oleh Farouk Kaddoumi sehingga 2009, yang kemudiannya diganti dengan Mahmud Abbas. Sejak kematian Arafat, identiti kekumpulanan dalam kalangan gerakan yang pelbagai semakin jelas terserlah.

Pada pilihan raya umum 2006, parti ini tewas kepada Hamas dan gagal memperoleh majoriti kukuh dalam PLC. Kejayaan Hamas tersebut membawa kepada kemelut antara Fatah-Hamas, di mana Fatah kekal mengawal Pihak Berkuasa Palestin di Tebing Barat menerusi presidennya. Fatah juga aktif mengawal kem pelarian Palestin.