Esei

Sebuah esei (dari Perancis: essai terbitan kata kerja essayer "mencuba" turunan kata Latin exagium "timbangan") merupakan cebisan tulisan yang selalunya ditulis berprosa menggambarkan pandangan peribadi seseorang pengarang terhadap suatu masalah difikirkannya.

Suatu esei boleh merangkumi sejumlah elemen, termasuklah: kritikan kesusasteraan, manifesto politik, hujah-hujah yang dipelajari, pemerhatian mengenai kehidupan seharian yang dialami sendiri mahupun bersama masyarakat (terutamanya dalam esei berkandung pendapat), ingatan, dan juga refleksi kepada seseorang pengarang.

Bentuk penulisan ini mula dimasyhurkan Michel de Montaigne dalam karya himpunan karangan beliau Essais tahun 1580.