Empat Kebenaran Mulia

Sebahagian daripada siri
Agama Buddha


Sejarah

Agama-agama Dharma
Garis masa agama Buddha
Majlis-majlis agama Buddha

Asas

Empat Kebenaran Mulia
Lapan Jalan Mulia
Ajaran agama Buddha
Nirwana · Tiga Permata

Konsep-konsep Utama

Tiga tanda kewujudan
Skandha · Kosmologi · Dharma
Saṃsāra · Kelahiran semula
Sunyata · Pratitya-samutpada
Karma

Tokoh Utama

Gautama Buddha
Pengikut · Tokoh Buddha kemudian

Amalan dan Pencapaian

Tahap Buddha · Budisatwa
Empat Peringkat Makrifat · Parami
Tafakur · Orang Berumahtangga

Kawasan-kawasan

Asia Tenggara · Asia Timur
India · Sri Lanka · Tibet
Negara-negara Barat

Mazhab

Theravāda · Mahāyāna
Vajrayāna · Mazhab awal

Teks

Hukum Pali · Sutra Mahayana
Hukum Tibet

Kajian Perbandingan
Kebudayaan · Senarai Topik
Portal: Agama Buddha

Empat Kebenaran Mulia (bahasa Inggeris: Four Noble Truths; bahasa Pali: Cattāri ariyasaccāni ) merupakan salah satu ajaran agama Buddha yang paling asas, dengan ungkapan tersebut muncul banyak kali dalam teks Hukum Pali, teks agama Buddha yang paling kuno. Ia merupakan kebenaran-kebenaran yang dicapai oleh Gautama Buddha semasa beliau mengalami makrifat.

Mengapa Buddha mengajar dengan cara ini dapat dijelaskan oleh konteks sosial pada masanya. Buddha merupakan seorang Śramaṇa, zahid berkelana yang "bertujuan untuk menemui kebenaran dan mencapai kebahagiaan." Buddha mendakwa bahawa beliau mencapai tujuan ini di bawah sebatang pokok bodhi, berhampiran dengan Sungai Ganges. Empat Kebenaran Mulia merupakan perumusan pemahamannya tentang:

  1. sifat "penderitaan";
  2. punca asas untuk semua penderitaan;
  3. cara mengelakkan penderitaan; dan
  4. jenis usaha yang diperlukan untuk "mencapai kebahagiaan".

Kebenaran-kebenaran ini tidak dinyatakan sebagai sebuah teori atau gagasan sementaraan, malahan Buddha berkata:

Empat Kebenaran Mulia ini, sami, adalah benar dan tepat, bukan sebaliknya. Justera itu, ia dipanggil kebenaran-kebenaran mulia. ...Kerana ia berfaedah, ia tergolong dalam asas-asas kehidupan suci, ia menuju dari kekecewaan ke sikap berkecuali, ke pemberhentian, ke keamanan, ke pengetahuan langsung, ke makrifat, ke Nirwana. Inilah mengapa aku mengisytiharkannya.

Ajaran ini merupakan asas syarahan Buddha yang pertama selepas makrifatnya. Bagaimanapun, mazhab agama Buddha Mahayana mempunyai versi Empat Kebenaran Mulia yang tersendiri, dengan keabadian Buddha merupakan tumpuannya yang utama.