Demografi Filipina

Demografi Filipina
Kedinamikan
Jumlah penduduk100,981,437 (banci 2015)
Kadar pertumbuhan1.72% (2010-2015)
Kadar kelahiran19.0 kelahiran/1,000 penduduk
(2010)
Kadar kematian5.2 kematian/1,000 penduduk (2010)
Jangka hayat71.66 tahun
Kadar kesuburan3.0 anak lahir/perempuan (2013 est.)
Kadar kematian bayi19.34 kematian/1,000 kelahiran hidup
Kadar penghijrahan bersih-1.29 penghijrah/1,000 penduduk (2011 est.)
Struktur umur
0–14 tahun34.6%
(lelaki 17,999,279/perempuan 17,285,040)
65 tahun dan ke atas5%
(lelaki 1,876,805/perempuan 2,471,644) (2011 est.)
Nisbah jantina
Jumlah nisbah1 lelaki(s)/perempuan
Semasa lahir1.05 lelaki(s)/perempuan
Bawah 15 tahun1.04 lelaki(s)/perempuan
15–64 tahun1 lelaki(s)/perempuan
65 tahun dan ke atas0.76 lelaki(s)/perempuan
Bangsa
BangsaFilipina (Filipinos)
Etnik majoritiVisaya (Cebuano, Waray, Hiligaynon/Ilonggo, Karay-a, Aklanon, Masbatenyo, Romblomanon) 31.6%, Tagalog 28.1% (banci 2000)
Etnik minoritiIlocano 9%, Bikol 6%, Kapampangan 3%, Pangasinan 2%, Zamboangueño 1.5% & lain-lain 23.3% (banci 2000)
Bahasa
RasmiFilipino (Tagalog) dan Inggeris
Dituturkanbahasa daerah bantuan - Cebuano, Ilocano, Hiligaynon, Bicolano, Waray, Kapampangan, Pangasinan, Maranao, Maguindanao, Zamboangueño Chavacano dan Tausug
sunting · sunting di Wikidata

Purata kadar pertumbuhan tahunan Filipina pada 2010-2015 adalah 1.72%. Menurut banci 2015, Filipina diduduki 100,981,437 orang. Banci rasmi pertama dijalankan di Filipina pada 1877, mencatatkan seramai 5,567,685 orang. Menurut kiraan rasmi, jumlah penduduk Filipina mencecah 100 juta pada waktu tengah malam 27 Julai 2014, menjadikan ini negara ke-12 yang mencapai bilangan ini.

Dianggarkan bahawa separuh daripada penduduk tinggal di pulau Luzon. Umur median populasi ialah 22.7 tahun dengan 60.9% berumur 15 hingga 64 tahun. Jangka hayat ketika lahir ialah 69.4 tahun: 73.1 tahun bagi perempuan dan 65.9 tahun bagi lelaki. Kadar kemiskinan juga susut kepada 21.6% pada 2015 daripada 25.2% pada 2012.

Majoriti penduduk Filipino datang dari rumpun bangsa Melayu, sementara etnik Aeta dan lain-lain orang hulu membentuk minoriti. Penduduk pribumi bertalian dengan penduduk pribumi Kepulauan Melayu. Kelompok etnik imigran yang ada di Filipina berabad-abad sebelum pemerintahan kolonial seperti Cina, Jepun dan India telah pun pun berasimilasi dengan budaya negara. Juga terdapat bangsa Eropah dan Amerika yang berhijrah ke Filipina sewaktu zaman kolonial.