Crystal Palace F.C.
| Nama penuh | Crystal Palace Football Club | |||
|---|---|---|---|---|
| Gelaran | Eagles | |||
| Nama pendek | CPFC | |||
| Diasaskan | 10 September 1905 | |||
| Stadium | Selhurst Park (Kapasiti: 26,255) | |||
| Pemilik | Jeremy Hosking (25%) Martin Long (25%) Steve Parish (25%) Stephen Browett (25%) | |||
| Pengerusi bersama | Steve Parish Joshua Harris David S. Blitzer | |||
| Pengurus | Roy Hodgson | |||
| Liga | Liga Perdana Inggeris | |||
| 2018–19 | Liga Perdana, ke-12 | |||
| Tapak sesawang | Laman kelab | |||
| ||||
| Musim semasa | ||||
Crystal Palace Football Club ialah sebuah kelab bola sepak profesional England yang berpangkalan di Norwood Selatan, London. Mereka sekarang ini bermain dalam peringkat tertinggi bola sepak Inggeris iaitu Liga Perdana Inggeris. Kelab ini ditubuhkan pada tahun 1905 di tapak bangunan pertunjukan Crystal Palace oleh pemilik stadium perlawanan akhir Piala FA, yang mahukan pasukan mereka sendiri bermain di venua bersejarah itu.
Palace menjadi ahli pengasas Liga Perdana pada tahun 1992 tetapi tersingkir daripada liga pada musim yang sama walaupun mengumpul 49 mata. Kelab itu kemudiannya meraih promosi kembali ke Liga Perdana tiga kali pada tahun 1994, 1997 dan 2004 tetapi setiap kali tersingkir daripada liga pada akhir musim berikutnya. Kelab itu kembali ke Liga Perdana selepas kemenangan 1–0 ke atas Watford dalam play-off Football League pada bulan Mei 2013 dan sejak itu berjaya mengekalkan tempat mereka di liga utama.
Crystal Palace pada awalnya bermain perlawanan mereka di The Crystal Palace, tetapi Perang Dunia Pertama memaksa mereka untuk berpindah dan mereka beraksi beberapa musim di Herne Hill Velodrome dan The Nest. Sejak tahun 1924, Palace bermain perlawanan mereka di Selhurst Park. Warna tuan rumah mereka adalah jalur merah dan biru.