Corazon Aquino

Corazon C. Aquino
Aquino pada 1986
Dalam jawatan
25 Februari 1986 – 30 Jun 1992
Naib PresidenSalvador Laurel
Didahului olehFerdinand Marcos
Digantikan olehFidel V. Ramos
Maklumat peribadi
LahirMaría Corazon Sumulong Cojuangco
(1933-01-25)25 Januari 1933
Paniqui, Manila, Filipina
Meninggal dunia1 Ogos 2009(2009-08-01) (umur 76)
Bandar Raya Makati, Filipina
Parti politikPDP–Laban
Parti Liberal
Pertubuhan Demokratik Nasionalis Bersatu (UNIDO)
PasanganBenigno Aquino Jr.
Tandatangan

María Corazon Sumulong Cojuangco–Aquino (lebih dikenali sebagai Cory Aquino; 25 Januari 1933 – 1 Ogos 2009) ialah ahli politik Filipina yang berkhidmat sebagai Presiden Filipina ke-11 dari 1986 hingga 1992, serta presiden wanita yang pertama di Asia. Beliau adalah isteri kepada Benigno Aquino, Jr., seorang senator pembangkang yang popular. Cory Aquino menjadi tumpuan penentangan terhadap pemerintahan autokratik Presiden Ferdinand Marcos ketika suaminya dibunuh di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila pada 21 Ogos 1983 semasa pulang daripada buangan. Beliau juga merupakan ibu kepada bekas presiden Benigno Aquino III.