Copa América 2001

Copa América 2001
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Colombia
Tarikh11 Julai - 29 Julai
Pasukan12 (dari 2 konfederasi)
Tempat(di 7 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Colombia (Kejuaraan Ke-1)
Naib Juara Mexico
Tempat Ketiga Honduras
Tempat Keempat Uruguay
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan26
Jaringan gol60 (2.31 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Víctor Aristizábal (6)
Pemain terbaik Amado Guevara
1999
2004

Edisi Copa América 2001 telah diadakan bermula pada 11 Julai 2001 sehingga 29 Julai 2001 bertempat di Colombia.

Sebelum kejohanan ini bermula, CONMEBOL telah mengadakan mesyuarat membincangkan mengenai isu-isu keselamatan di Columbia yang mungkin mengugat keselamatan kesemua pemain yang terlibat. Disebabkan hal ini, CONMEBOL mengumumkan bahawa kejohanan Copa América pada kali ini dibatalkan. Namun begitu, Venezuela telah menawarkan kejohanan ini diadakan di negara mereka, tetapi CONMEBOL membatalkan hasrat mereka dan kejohanan ini tetap akan diadakan di Colombia.

Pasukan Argentina antara yang lantang membidas hasrat CONMEBOL dalam mengadakan kejohanan ini di Colombia dan mereka mendakwa bahawa ada di antara pemain mereka menerima ancaman bunuh daripada pihak pengganas. Manakala pasukan Kanada (pasukan yang dijemput untuk menyertai kejohanan kali ini) pulang ke negara mereka selepas pihak CONMEBOL mengumumkan bahawa kejohanan ini telah dibatalkan dan tidak menyertai apabila CONMEBOL menyatakan hasrat mereka untuk mengadakan kembali kejohanan ini di Colombia.

Disebabkan pasukan Argentina dan Kanada tidak menyertai kejohanan ini, CONMEBOL telah menjemput pasukan Costa Rica dan Honduras.