Chelsea Manning

Chelsea Manning
Manning pada bulan Mei 2017
Kelahiran
Bradley Edward Manning

(1987-12-17) 17 Disember 1987
Cresecent, Oklahoma,
Amerika Syarikat
WarganegaraAmerika Syarikat
Terkenal keranaMembocorkan dokumen rahsia untuk Wikileaks
Denda jenayahPengintipan, pencurian benda milik pemerintah, pelanggaran terhadap UU Penipuan dan Penyalahgunaan Komputer, mengabaikan perintah
Penalti jenayah35 tahun penjara (dari grasi menjadi 7 tahun semenjak ditahan), penurunan pangkat menjadi prebet (Prajurit E-1, PVT), penyitaan seluruh gaji dan elaun, pemberhentian nirhormat
Ibu bapa
  • Brian Manning
  • Susan Fox
Kerjaya ketenteraan
Kesetiaan Amerika Syarikat
Perkhidmatan Tentera Darat Amerika Syarikat
Tahun perkhidmatan2007–2017
PangkatPrebet (E-1)
Anugerah National Defense Service Medal
Global War on Terrorism Service Medal
Army Service Ribbon
Tandatangan

Chelsea Elizabeth Manning (lahir Bradley Edward Manning pada 17 Disember 1987) adalah seorang aktivis dan pemberi maklumat sulit Amerika Syarikat, beliau juga merupakan bekas anggota Tentera Darat negara tersebut ditahan atas penirisan seanyak 750,000 dokumen maklumat sulit atau sensitif tentera yang diedarkan kepada WikiLeaks melanggar Akta Pengintipan.

Beliau dikerah ke Baghdad ketika penjajahan Amerika di Iraq pada 2003 sebagai seorang pakar analisis risikan ketenteraan, dari 10 Briged 2 Divisi Mountain. Pada awal 2010, beliau Beliau ditangkap pada Mei 2010 dan ditahan tanpa bicara di Kem Arifjan Kuwait kerana disyaki memindahkan data ke komputer peribadi dan menambah perisian tidak sah ke dalam sistem komputer. Manning dipercayai menghubungi wartawan dan bekas hacker Adrian Lamo tentang serangan helikopter di Baghdad pada 2007 seterusnya ke laman web Wikileaks. Pada 21 Jun 2010, Julian Assange telah melantik peguam untuk membela Manning.

Manning dibicarakan dengan 22 dakwaan, termasuk tuduhan "bersubahat dengan musuh" (aiding the enemy) yang barangkali boleh dijatuhkan hukuman mati sekiranya sabit kesalahan. Namun, tuduhan bersubahat dengan musuh digugurkan lalu beliau dipenjarakan selama 35 tahun dalam tahanan maksimum Berek Displin Fort Leavenworth, Kansas. Pada ketika ini juga beliau menghidap gangguan pengenalan gender sepertimana yang disahkan para pemeriksa kesihatan sejak dari masih berkhidmat dalam Tentera Darat; beliau melela sebagai seorang transpuan pada Ogos 2013.

Beliau diberikan peringanan hukuman secara pengampunan oleh Presiden Barack Obama pada tanggal 17 Januari 2017 menjadi 7 tahun penjara dihitung sejak tarikh penahanannya pada Mei 2010 di mana beliau dijangka bebas pada 17 Mei tahun sama.