Fußball-Bundesliga Austria
| Negara | Austria |
|---|---|
| Konfederasi | UEFA |
| Ditubuhkan | 1974 |
| Bilangan pasukan | 10 |
| Disingkirkan ke | Liga Bola Sepak Pertama Austria |
| Aras | Tahap 1 |
| Piala domestik | Piala Austria Piala Super Austria |
| Piala antarabangsa | Liga Juara-Juara Liga Europa |
| Juara semasa | FC Red Bull Salzburg (2013–14) |
| Kejuaraan terbanyak | SK Rapid Wien (32 gelaran) |
| Rakan TV | ORF, Sky Sport Austria |
| Tapak sesawang | www.bundesliga.at |
| musim 2022–23 | |
Fußball-Bundesliga Austria (Jerman: 'Österreichische Fußball-Bundesliga') merupakan divisyen teratas bola sepak negara Austria. Sejak liga Austria melonjak ke tangga ke-15 daripada 19 dalam kedudukan UEFA pada penghujung musim 2011-12, dua kelab teratas liga mendapat tempat di Liga Juara-Juara Eropah.
Fußball-Bundesliga Austria bermula sejak musim 1974–75. Ia telah dimenangi oleh dua kelab gergasi Vienna, FK Austria Wien, yang telah memiliki 23 gelaran dan kelab SK Rapid Wien, yang telah juara sebanyak 32 kali. Tipico menjadi tajaan baru Fußball-Bundesliga Austria selama tiga musim yang bermula pada musim 2014-15.
Juara terkini liga ialah kelab FC Red Bull Salzburg, yang menjuarai edisi 2013-14.