Bola sepak di Sukan Asia 2010

Bola sepak di Sukan Asia 2010
Logo Sukan Asia 2010
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Republik Rakyat China
Tarikh7 November - 25 November 2010
Tempat(di 2 bandar)
2006
2014

Bola sepak di Sukan Asia 2010 telah diadakan di Guangzhou, Guangdong, China dari 7 November hingga 25 November 2010. Perlawanan pembukaan telah dimainkan 5 hari sebelum upacara pembukaan. Di dalam kejohanan ini, 24 pasukan telah bermain di dalam pertandingan lelaki, dan 7 pasukan telah terlibat di dalam pertandingan wanita.

Had umur bagi pasukan lelaki adalah bawah-23, sama seperti had umur pertandingan bola sepak di Sukan Olimpik, manakala tiga pemain melebihi had dibenarkan di kalangan setiap skuad.

Bola rasmi adalah bola berjenama Korea Selatan, New Polaris 3000. Pasukan bola sepak kebangsaan Jepun memberikan suatu syak wasangka terhadap kegunaan bola-bola rasmi yang diperbuat dari Korea Selatan disebabkan jenamanya "tidak dikenali". Midfielder Kota Mizunuma telah menyatakan persoalan samada "bola ini ringan atau berat".