Big Bang (kumpulan muzik)
Big Bang | |
|---|---|
| Maklumat latar belakang | |
| Asal | Korea Selatan , Korea Selatan |
| Genre |
|
| Tahun aktif | 2006 |
| Diskografi | Lihat: Diskografi Big Bang |
| Syarikat rakaman | YG Entertainment |
| Kegiatan berkaitan |
|
| Anggota semasa |
|
| Bekas anggota | |
| Pautan berkaitan | |
| Tanda pagar | bigbang |
| Pautan lain | |
| sunting · sunting di Wikidata | |
| BigBang | |
| Hangul | 빅뱅 |
|---|---|
| Perumian Semakan | Big Baeng |
| McCune–Reischauer | Pik Paeng |
Big Bang (Korea: 빅뱅; digayakan dalam semua huruf besar, makna harfiah: "Letupan Besar") merupakan sebuah kumpulan muzik yang berasal dari Korea Selatan yang dibentuk oleh YG Entertainment. Kumpulan ini terdiri daripada empat orang ahli: G-Dragon, Taeyang, & Daesung. Pada asalnya kumpulan lima orang ahli, Seungri bersara daripada industri hiburan pada bulan Mac 2019 dan T.O.P meninggalkan kumpulan pada bulan Mei 2023 . Digelar "Raja K-pop", mereka membantu menyebarkan Gelombang Korea ke peringkat antarabangsa dan dianggap sebagai salah satu artis paling berpengaruh dalam K-pop. Mereka terkenal dengan eksperimen muzik yang menjadi trend, produksi sendiri dan persembahan pentas.
Walaupun album sulung mereka, BigBang Vol.1 (2006), dikeluarkan untuk sambutan hangat, kejayaan lebih besar diikuti dengan rentetan single hit: "Lies" yang mengungguli carta muzik Korea selama enam minggu berturut-turut dan memenangi Song of the Year di 2007 Mnet Km Music Festival dan 2008 Seoul Music Awards; "Last Farewell", "Haru Haru" dan "Sunset Glow". Selepas memenangi Artist of the Year di 2008 Mnet Korean Music Festival dan 2008 Seoul Music Awards, kumpulan ini mengeluarkan empat buah album studio Jepun—BigBang (2009), BigBang 2 (2011), Alive (2012) dan Made Series (2016)—semuanya telah diperakui emas oleh Persatuan Industri Rakaman Jepun (RIAJ).
Selepas berehat selama dua tahun di Korea Selatan, kumpulan ini kembali dengan album mini (EP) keempat mereka, Tonight (2011), yang membuat mereka memenangi Best Worldwide Act Award di 2011 MTV Europe Music Awards. Album mini kelima mereka, Alive (2012), menjadi album Korea pertama yang mencatatkan carta di US Billboard 200. Album studio ketiga mereka, Made (2016), didahului oleh beberapa single yang menduduki carta dan memenangi anugerah kumpulan Artist of the Year di Mnet Asian Music Awards 2015 untuk kali ketiga dan di Melon Music Awards 2015. Jelajah sokongannya, Made World Tour, menarik 1.5 juta orang dan mencipta rekod baharu untuk jelajah konsert yang paling ramai dihadiri oleh artis Korea dalam sejarah pada masa itu.
Sebelas daripada single BigBang telah mencapai nombor satu dalam Carta Digital Gaon Korea Selatan dan secara kolektif kekal di atas carta Melon untuk rekod 51 minggu. Forbes Korea meletakkan mereka sebagai salah seorang selebriti paling berpengaruh di Korea Selatan dari tahun 2009 hingga 2016 (kedudukan ke-2 pada 2009, 2012 dan 2014); dan mereka adalah artis Korea pertama yang termasuk dalam senarai Forbes Celebrity 100 (2016) dan 30 Under 30 bagi pemuzik paling berpengaruh di dunia (2017).