Bendera Libya

Bendera Libya (Arab: علم ليبيا) (mula digunakan pada 11 November 1977) merupakan bendera rasmi Libya. Ia mempunyai tiga jalur dengan susunan warna merah, hitam dan hijau. Jalur hitam dua kali lebar daripada jalur-jalur lain. Di tengah-tengah bendera terletaknya bulan sabit dan bintang yang berwarna putih.

Sehingga tahun 2011, ia pernah berwarna hijau dan tidak mempunyai sebarang simbol, dan menjadi satu-satunya bendera kebangsaan dengan cuma satu warna dan tanpa sebarang corak atau lambang.