Bendera Cyprus

Bendera Cyprus (Yunani: Σημαία της Κύπρου, Turki: Kıbrıs bayrağı) mula digunakan pada 16 Ogos 1960 di bawah Perjanjian Zurich dan London.

Rekaan bendera ini dihasilkan İsmet Güney, seorang guru pendidikan seni, dan dirasmikan oleh presiden negara tersebut yang pertama iaitu Makarios III dan timbalannya Fazil Küçük.