Barisan Pembebasan Islam Moro

Barisan Pembebasan Islam Moro
Tarikh operasi1978 - sekarang
PemimpinMurad Ibrahim
MotifCiptaan "Sub-negeri" Moro
Kawasan utamaFilipina
IdeologiAutonomi Moro
Demokrasi Islam
Serangan terkenalInsiden Pemotongan Kepala Basilan 2007 dan antara lain.
StatusAktif

Barisan Pembebasan Islam Moro atau (MILF) (Bahasa Arab: جبهة تحرير مورو الإسلامية, Jabhat Tahrir Mooroo al-Islamiyyah) adalah kumpulan pemberontak Muslim yang berkuasa di selatan Filipina. Kumpulan ini sangat aktif di bahagian wilayah Bangsamoro di Mindanao, yang termasuk di kawasan Kepulauan Sulu, Palawan, Basilan dan pulau-pulau jiran lain.