Ayat al-Quran

Ayat-ayat dalam al-Quran (Arab: آية, rumi: āyah, bentuk jamak: آيات āyāt "tanda", "petanda, keajaiban" seasal dengan kata Ibrani: אות, rumi: ot "tanda, huruf") lebih 6,000 patah dalamnya, setiap satu patah dipercayai kaum Muslimin sebagai tanda ataupun alamat daripada Allah. Gabungan beberapa ayat akan membentuk bab (dipanggil surah). Seperti ayat, panjang surah berbeza-beza, daripada 3 hingga 286 ayat. Dalam surah panjang, ayat boleh juga dikumpulkan mengikut susunan temanya yang dipanggil ruku'.

Dalam al-Quran, nombor ayat sering ditulis dalam suatu simbol di akhir setiap ayat, iaitu ۝, akhir ayat. Nombor Unicodenya U+06DD manakala ۝۝۝۝ boleh digunakan untuk menandakan pengakhiran surah.

Terdapat dua jenis ayat:

  1. - Ayat Muhkamaat (محكمات): dengan makna jelas dan mudah.
  2. - Ayat Mutashabihaat (متشابهات): dengan berbilang tafsiran.