Aung San Suu Kyi

Aung San Suu Kyi
အောင်ဆန်းစုကြည်
Kaunselor Negara Myanmar Pertama
Dalam jawatan
6 April 2016 – 1 Februari 2021
PresidenHtin Kyaw
Didahului olehThein Sein (Perdana Menteri, 2011)
Menteri Hal Ehwal Luar Negeri
Dalam jawatan
30 Mac 2016 – 1 Februari 2021
PresidenHtin Kyaw
TimbalanKyaw Tin
Didahului olehWunna Maung Lwin
Menteri Pejabat Presiden
Dalam jawatan
30 Mac 2016 – 1 Februari 2021
PresidenHtin Kyaw
Didahului olehAung Min
Hla Tun
Soe Maung
Soe Thein
Thein Nyunt
Presiden Liga Kebangsaan bagi Demokrasi
Menyandang jawatan
18 November 2011
Didahului olehAung Shwe
Pemimpin Pembangkang
Dalam jawatan
2 Mei 2012 – 29 Januari 2016
PresidenThein Sein
Didahului olehSai Hla Kyaw
Setiausaha Agung Liga Kebangsaan bagi Demokrasi
Dalam jawatan
27 September 1988 – 18 November 2011
Didahului olehJawatan ditubuhkan
Digantikan olehJawatan dimansuhkan
Ahli Dewan Rakyat Burma
untuk Kawhmu
Dalam jawatan
2 Mei 2012 – 30 Mac 2016
Didahului olehSoe Tint
Digantikan olehKosong
Majoriti46,73 (71.38%)
Maklumat peribadi
Lahir (1945-06-19) 19 Jun 1945
Rangoon, Burma
(kini Yangon, Myanmar)
Parti politikLiga Kebangsaan bagi Demokrasi
PasanganMichael Aris (k. 1972; m. 1999)
Anak2, termasuk Alexander Aris
Ibu bapaAung San (bapa)
Khin Kyi (ibu)
Kediaman54 University Avenue
Tempat belajarUniversiti Delhi
Kolej St Hugh, Oxford
SOAS, Universiti London
Anugerah awamHadiah Rafto
Hadiah Sakharov
Hadiah Keamanan Nobel
Anugerah Jawaharlal Nehru
Hadiah Simón Bolívar Antarabangsa
Hadiah Olof Palme
Keamanan Dunia Bhagwan Mahavir
Pingat Emas Kongres
Tandatangan
Laman webParty website

Aung San Suu Kyi (Bahasa Burma: အောင်ဆန်းစုကြည်; MLCTS: aung hcan: cu. krany; sebutan Burma: [àuɴ sʰáɴ sṵ tɕì]; lahir 19 Jun 1945) ialah seorang ahli politik Burma dan bekas Setiausaha Agung Liga Kebangsaan bagi Demokrasi. Dalam pilihan raya umum pada tahun 1990, parti Liga Kebangsaan bagi Demokrasi pimpinan Suu Kyi memenangi 59% undian kebangsaan dan 80% (392/492) kerusi di Parlimen. Bagaimanapun, beliau sudah ditahan dalam rumah sebelum pilihan raya berlangsung. Beliau ditahan dalam rumah di Burma selama 15 daripada 21 tahun mulai tahun 1990 hingga 13 November 2010.

Beliau juga telah dianugerahkan Hadiah Rafto dan Hadiah Sakharov atas kebebasan bersuara pada 1990. Beliau menentang kerajaan junta tentera Myanmar yang mengamalkan sistem tentera diktator.