Athena

Athena
Salinan marmar Yunani bertanda "Antiokhos" merupakan salinan pertama Phidias yang asalnya kurun pertama S.M.. kini berada di Acropolis
Dewi kebijaksanaan, peperangan dan kemahiran
Dewi penaung Athens
KediamanGunung Olympus
SimbolBurung hantu
Ibu bapaZeus dan Metis
Adik beradikAres, Apollo, Artemis, Dionysus, Eileitheyia, Enyo, Eris, Rhadamanthus, Hephaestus, Herakles, Hermes, Persephone, Muse, Minos, Perseus, Hebe, Helen
Persamaan RomMinerva

Athena atau Athene ( Attic: Ἀθηνᾶ, Athēnā atau Ἀθηναία, Athēnaia; Epik: Ἀθηναίη, Athēnaiē; Ionik: Ἀθήνη, Athēnē; Dorik: Ἀθάνα, Athana; ), juga dirujuk sebagai Pallas Athena (Παλλάς Αθηνά), adalah dewi tamadun, kebijaksanaan, kekuatan, strategi, kemahiran, keadilan dan pertukangan dalam mitologi Yunani. DIa juga merupakan kawan yang bijaksana bagi pahlawan dan dewi pahlawan. Dia adalah perawan dan pelindung kota Athens yang turut dinamakan atau dikaitkan sempenanya; warga-warga kota ini membina suatu binaan pemujaan ditempatkan khusus di kota ini iaitu Parthenon.

Dewi ini sepadan dengan Minerva dalam kepercayaan Romawi.