Asid amino

Asid amino merupakan sebatian organik biologi yang terdiri mempunyai kumpulan berfungsi amina (-NH2) dan asid karboksilik (-COOH), dengan rantai sisi yang khusus untuk setiap asid amino. Unsur-unsur utama asid amino ialah karbon, hidrogen, oksigen, dan nitrogen, walaupun unsur lain wujud dalam rantai sisinya. Terdapat lebih daripada 500 jenis amino asid yang telah dikenal pasti yang boleh diklasifikasikan dalam pelbagai cara. Asid amino boleh dikategorikan mengikut teras kumpulan berfungsinya, sebagai contoh, asid amino alfa-(α), beta-(β), gama-(γ) atau delta-(δ); kategori lain adalah berdasarkan kekutuban, tahap pH atau kumpulan rantai sisinya (alifatik, acyclic, aromatik yang mengandungi hidroksil atau sulfur dan lain-lain). Dalam bentuk protein, asid amino merupakan komponen yang kedua terbesar (air merupakan yang terbesar) dalam struktur otot manusia, sel dan tisu. Asid ini merupakan bahan penting selain protein dalam proses pengangkutan neurotransmiter dan biosintesis.