Anschluss

Anschluss [ˈʔanʃlʊs]  ( dengar) (dieja Anschluß pada peristiwa tersebut, dan sehingga Reformasi ortografi Jerman 1996; bahasa Jerman untuk "penggabungan" atau penyatuan, pengilhakan politik), juga dikenali sebagai Anschluss Österreichs (pronunciation), adalah pengilhakan negara Austria kedalam Jerman Nazi pada Mac 1938.

Ini berbeza dengan gerakan Anschluss (Austria dan Jerman bersatu sebagai sebuah negara), yang telah cuba dilakukan sejak awal tahun 1918 apabila Republik Jerman-Austria cuba bergabung dengan Jerman tetapi dilarang oleh perjanjian damai Persetiaan Saint Germain dan Persetiaan Versailles.

Perlu diingat bahawa negara terdahulu Austria dan Jerman menjadi bebas sepenuhnya antara satu sama lain pada akhir Perang Austria-Prusia tahun 1866 yang membubarkan Persekutuan Jerman pada abad ke-19.