Amar Sonar Bangla
| আমার সোনার বাংলা | |
anthem Bangladesh | |
| Lirik | Rabindranath Tagore, 1905 |
|---|---|
| Muzik | Gagan Harkara, Tidak diketahui |
| Diguna pakai | 1971 |
| Sampel audio | |
Amar Sonar Bangla (Instrumental)
| |
Amar Sonar Bangla (Benggali: আমার সোনার বাংলা, "Benggala Emasku") ialah lagu kebangsaan Bangladesh. Senikata lagu ini merupakan sebahagian daripada suatu lagu asal setajuk lebih panjang dikarang Rabindranath Tagore pada 1905 manakala iramanya saduran suatu lagu Baul bertajuk Ami Kothay Pabo Tare (আমি কোথায় পাবো তারে) gubahan Gagan Harkara dalam tala Dadra.
Istilah sonar serapan Sanskrit सुवर्ण suvarṇa bermaksud 'keemasan' boleh merujuk kepada nilai negara Bangladesh yang sangat berharga seakan emas ataupun kepada warna kuningan sawah padi sebelum dituai.