Algoritma

Algoritma ialah tatacara langkah demi langkah yang diaturkan teliti mengikut bilangan dan susunan tertentu bertujuan menyelesaikan sesuatu masalah dalam masa yang terhingga. Dalam sains komputer pula, algoritma ialah serangkap langkah dalam proses larian kod komputer yang mengkaji tahap keberkesanan kod program komputer. Usaha dalam kajian ini bertemakan "bagimanakah cara untuk menghasilkan langkah tersingkat dalam penyelesaian setiap masalah komputer yang diutarakan.

Tatacara ini boleh diungkapkan dengan cekap dalam lingkungan ruang dan masa yang terbatas dari bahasa yang teratur memberi arahan ditakrif didefinisikan dengan baik untuk mengira hitung sesebuah fungsi tertentu. Arahan-arahan ini menjelaskan sebuah kiraan yang dimajukan setelah dilalukan sejumlah sifat terbatas yang berturutan apabila dilaksanakan bermula dari sifat dan masukan awal (mungkin kosong) sehingga akhirnya menghasilkan "keluaran" dan berhenti dalam suatu sifat akhir. Peralihan Transisi dari satu sifat ke sifat selanjutnya tidak harus ditentukan secara mutakhir; terdapat juga beberapa algoritma yang bersifat rawak seikutan dengan masukan rawak.