Akta Pencegahan Jenayah 1959
Akta Pencegahan Jenayah 1959 (Bahasa Inggeris: Prevention of Crime Act 1959; Tulisan Jawi: اکتا ڤنچݢهن جنايه ; akronim: POCA) atau Akta 297 ialah suatu undang-undang bagi pencegahan jenayah di Malaysia yang diluluskan pada 1959. Ia telah dipinda sebanyak lima kali iaitu pada 1983, 2013, 2014, 2015 dan 2017. Akta ini dipinda selepas pemansuhan Ordinan Darurat 1969 dan Akta Keselamatan Dalam Negeri 1960 yang didakwa menjadi punca peningkatan statistik jenayah.