Tulisan Bali

Aksara Bali
ᬅᬓ᭄ᬱᬭᬩᬮᬶ
Aksarä Bali

Jenis tulisan
Tempoh masa
abad ke-10 hingga kini
Arah tulisanLeft-to-right 
Bahasa-bahasaBali, Sasak, Loloan
Tulisan berkaitan
Sistem tulisan induk
Proto-Kanaan
Sistem tulisan kerabat
Batak
Baybayin
Buhid
Hanunó'o
Jawa
Lontara
Sunda Kuno
Rejang
Tagbanwa
ISO 15924
ISO 15924Bali (), ​Balinese
Unikod
Alias Unikod
Balinese
Julat Unikod
U+1B00–U+1B7F
Paparan amaran: Laman menggunakan Template:Infobox sistem penulisan dengan parameter tidak diketahui "image_size"

Tulisan Bali ialah sistem tulisan tradisional bahasa Bali yang merupakan sejenis abugida yang terbit daripada tulisan Pallava, mirip sekali dengan tulisan Jawa, cuma bezanya pada lekukan bentuk huruf.

Tulisan Bali terdiri daripada 33 aksara konsonan (wianjana; hanya 18 daripadanya yang biasa digunakan) dan 14 aksara vokal (suara). Juga terdapat aksara wianjana Kawi yang digunakan pada kata-kata tertentu, terutamanya kata-kata yang dipengaruhi bahasa Kawi dan Sanskrit.

Meski ada aksara wianjana Kawi yang berisi intonasi nada tertentu, namun lafazannya sering diselaraskan dengan aksara wianjana Bali. Misalnya, aksara dirgha (sebutan panjang) yang seharusnya dibaca panjang, seringkali dibaca seperti aksara hresua (sebutan pendek).