Abjad Vietnam
Abjad Vietnam (Vietnam: Chữ Quốc Ngữ, "tulisan bahasa kebangsaan") merupakan cabang abjad Rumi yang dikhususkan untuk Bahasa Vietnam.
Abjad ini dikembangkan berdasarkan pengejaan bahasa-bahasa Romawi terutamanya bahasa Portugis oleh Francisco de Pina, seorang mubaligh Jesuit dan Alexandre de Rhodes dalam kamus Dictionarium Annamiticum Lusitanum et Latinum tahun 1651. Ia pada mulanya dikembangkan dalam kalangan masyarakat penganut Gereja Katolik Rom selama 200 tahun, ia diteruskan lanjut pihak penjajah Perancis malah digalakkan dari Maharaja-Maharaja dinaungi yang memerintah Vietnam pada ketika itu; Maharaja Khải Định sendiri mengisytiharkan pemansuhan sistem Chữ Nôm beralih kepada perumian baru ini pada tahun 1918.