ASUS

ASUSTek Computer Incorporated
Dinamakan sempenaPegasus 
Jenis/bentuk sahSyarikat awam (TSEC: 2357)
ISINTW0002357001 
IndustriPerkakasan komputer, elektronik komputer
Ditubuhkan2 April 1989 (1989-04-02)
PengasasTH Tung dan lain-lain
Ibu pejabatTaipei, Taiwan
Tokoh pentingJonney Shih, CEO dan TH Tung, Ted Hsu,
KeluaranKomputer riba, telefon bimbit
Hasil351,330,000 Dolar Baru Taiwan (2019) 
Pendapatan bersih NT$541.8 Billion (2006)
Bilangan kakitangan97,000
Anak syarikatASMedia, Pegatron, ASUSTOR, AAEON, ASKEY 
Tapak webwww.asus.com
sunting · sunting di Wikidata

ASUSTeK Computer Incorporated (Asus) (Cina Tradisional: 華碩電腦股份有限公司) adalah syarikat beribu pejabat di Taiwan yang menghasilkan papan induk, kad grafik, storan optik, pembantu peribadi digital, komputer riba, pelayan (komputer), produk perangkaian, telefon bimbit, dan komponen komputer lain. Dikenali dengan Asus, syarikat ini tersenarai di London Stock Exhange dan Taiwan Stock Exchange.

Asus diasaskan pada tahun 1989 di Taipei, Taiwan oleh TH Tung, Ted Hsu, Wayne Hsieh and MT Liao - keempat-empat mereka adalah jurutera dari Acer. Nama Asus diambil dari Pegasus, kuda bersayap dari mitos Greek (dengan menggugurkan tiga huruf pertama).

Asus juga mengeluarkan komponen untuk syarikat lain seperti Sony (PlayStation 2), Apple Inc. (iPod, iPod Shuffle, MacBook), Alienware, Falcon Northwest, Palm, Inc., HP dan Compaq.