ALGOL

ALGOL
Paradigmabahasa pengaturcaraan prosedural, bahasa pengaturcaraan Imperative, bahasa pengaturcaraan berstruktur
Muncul pada1958
Direka olehDireka oleh komitee
MempengaruhiCPL, Pascal, Ada, Scheme

ALGOL (ringkasan bagi ALGOrithmic Language) merupakan keluarga bahasa pengaturcaraan pengaturcaraan imperative yang pada asalnya dibangunkan pada pertengahan 1950-an yang banyak mempengaruhi bahasa pengaturcaraan lain, dan menjadi de facto way algorithm yang digambarkan dalam buku teks dan hasil kerja akademik bagi 30 tahun berikutnya. Ia direka bagi mengelakkan apa yang dianggap masalah bagi FORTRAN dan akhirnya menghasilkan banyak bahasa bahasa pengaturcaraan lain (termasuk Pascal). ALGOL menggunakan blok ayat berkurungan dan merupakan bahasa pengaturcaraan pertama yang menggunakan pasangan begin end bagi menandakannya. Serpihan sintek seperti-ALGOL kadang kala masih digunakan sebagai notasi bagi algorithm, dikenali sebagai Pidgin Algol.

Terdapat tiga cabang rasmi keluarga ALGOL:

  • ALGOL 58 - pada asalnya dikenali sebagai IAL (mewakili International Algorithmic Language.)
  • ALGOL 60 - dikaji semula pada 1963
  • ALGOL 68 - dikaji semula pada 1973

Niklaus Wirth mengasaskan Algol-Wnya sendiri pada ALGOL 60, sebelum berpindah dan memajukan Pascal. Algol-W bertujuan sebagai generasi ALGOL berikutnya, tetapi komitee ALGOL 68 memutuskan bagi reka bentuk yang l;ebih rumit dan maju berbanding ALGOL 60 yang lebih ringkas dan bersih. Versi ALGOL rasmi dinamakan bertahun selepas ia mula diterbitkan.