HIV/AIDS
| Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit (AIDS) | |
|---|---|
| Pengelasan dan sumber luaran | |
Reben merah merupakan simbol perpaduan mereka yang positif HIV dan mereka yang dijangkiti AIDS. | |
| ICD-10 | B24 |
| ICD-9 | 042 |
| P. Data Penyakit | 5938 |
| MedlinePlus | 000594 |
| eMedicine | emerg/253 |
| MeSH | D000163 |
| Penafian perubatan | |
| Senarai singkatan yang digunakan dalam rencana ini AIDS: Sindrom kurang daya tahan melawan penyakit |
Sindrom Kurang Daya Tahan Melawan Penyakit atau lebih dikenali sebagai AIDS (bahasa Inggeris: Acquired Immune Deficiency Syndrome) (Sindrom Kelemahan/Kekurangan Imun Perolehan atau SKIP) ialah satu penyakit serius disebabkan oleh virus HIV (bahasa Inggeris: Human Immunodeficiency Virus).
AIDS disebabkan oleh virus HIV yang menyerang dan memusnahkan daya ketahanan badan. Seseorang individu mendapat AIDS apabila virus HIV merosakkan sistem pertahanan tubuh badan. Sistem pertahanan badan yang tidak berfungsi menjadikan individu mudah dijangkiti bakteria dan virus-virus lain yang boleh menyebabkan sakit teruk.