Syawal
| Syawal | |
|---|---|
Sambutan aidilfitri di Bangladesh | |
| Nama asal | شَوَّال (Arab) |
| Kalendar | Takwim Hijrah |
| Nombor bulan | 10 |
| Bilangan hari | 29-30 (bergantung pada pencerapan anak bulan) |
| Hari penting | Aidilfitri |
Syawal (Arab: شَوَّال, rumi: Shawwāl) ialah bulan kesepuluh dalam takwim Hijrah. Ia datang selepas Ramadan dan sebelum Zulkaedah.
Shawwāl berakar dari kata kerja perkataan bahasa Arab shāla (شَالَ), yang bermaksud untuk 'bawa atau pikul', secara umumnya untuk membawa atau memindahkan sesuatu dari satu tempat ke satu tempat lain.
Dalam tradisi masyarakat Melayu, Syawal turut dikenali sebagai bulan raya.