Zulkifli Ismail (agamawan)

Yang Berhormat Tuan Guru Haji
Zulkifli Ismail
AP
Zulkifli pada 2024
Ahli Parlimen Malaysia
bagi Jasin, Melaka
Menyandang jawatan
19 Disember 2022
Didahului olehAhmad Hamzah
Pesuruhjaya PAS Melaka
Menyandang jawatan
22 November 2021
Didahului olehKamarudin Sedik
Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Malaysia
Menyandang jawatan
2021
KetuaAhmad Yahaya
Didahului olehJohari Mat
Ketua Dewan Ulamak PAS Melaka
Menyandang jawatan
2006
Didahului olehJaliluddin Abdul Wahid
Maklumat peribadi
Lahir1966
Kampung Paya Rumput Jaya, Sungai Udang, Melaka
Parti politik Parti Islam Se-Malaysia
Tuan Guru Haji

Zulkifli Ismail
PendidikanUniversiti Al-Azhar, Mesir
PekerjaanAnggota Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka
Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka
Karya terkenal
Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqaha', Ancaman Bahaya Liberalisme

Yang Berhormat Tuan Guru Haji Zulkifli bin Haji Ismail ialah seorang tokoh agama di Malaysia kelahiran negeri Melaka. Beliau kini berkhidmat sebagai Ahli Dewan Rakyat dalam Parlimen Malaysia mewakili Parlimen Jasin. Beliau merupakan Mudir Pondok Baitul Qurro' Wal Fuqoha', Sungai Udang, Melaka. Pada tahun 2020, beliau telah dilantik sebagai Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Melaka. Di peringkat parti politik, beliau merupakan Ketua Dewan Ulamak PAS Negeri Melaka dan Timbalan Ketua Dewan Ulamak PAS Pusat.