Zul Yahya

Zul Yahya
Kelahiran
Zulkifli bin Yahya

(1973-03-07) 7 Mac 1973
PekerjaanPelakon, pelawak, pengarah, pengacara
Tahun aktif1990–2018
PasanganSiti Raihan Mohd. Rodzi (k. 2007)
Anak-anak6

Zulkifli Yahya (lahir 7 Mac 1973) merupakan bekas pelakon, pengarah, pengacara dan pelawak Malaysia yang memulakan kerjaya sebagai pelakon remaja era 1990-an dan terus popular menerusi siri-siri komedi keperwiraan pada era 2000-an. Beliau juga bergelar usahawan apabila membuka perniagaan restoran di Seksyen 13, Shah Alam sejak 2005.