Zon Keselamatan Pantai Timur Sabah

Zon Selamat Pantai Timur Sabah (atau disingkatkan ESSZONE, dari bahasa Inggeris: Eastern Sabah Security Zone) ialah sebuah kawasan keselamatan yang telah dilancarkan oleh kerajaan Malaysia pada 25 Mac 2013 berikutan dengan krisis pencerobohan yang berlaku di bahagian timur Sabah sebagai tambahan kepada ESSCOM. Ianya merangkumi kawasan daerah Kudat, Kota Marudu, Pitas, Beluran, Sandakan, Kinabatangan, Lahad Datu, Kunak, Semporna dan Tawau. Tujuh balai polis akan dibangunkan di zon berkenaan dan lima batalion pasukan keselamatan berserta satu briged PGA akan turut ditempatkan. Datuk Seri Musa Aman telah dilantik sebagai pengerusi zon ini. Kerajaan juga telah meluluskan peruntukan awal sebanyak RM200m bagi membina infrastruktur.