Zoey Deutch
Zoey Deutch | |
|---|---|
Deutch ditemuramah pada Jun 2017 | |
| Kelahiran | Zoey Francis Thompson Deutch 10 November 1994 Los Angeles, California, A.S. |
| Pekerjaan |
|
| Tahun aktif | 2010–kini |
| Ibu bapa |
|
| Saudara | Madelyn Deutch (kakak) |
Zoey Francis Thompson Deutch (/dɔɪtʃ/; lahir 10 November 1994) ialah seorang pelakon dan penerbit Amerika Syarikat. Beliau memulakan kerjayanya dengan berlakon dalam filem Vampire Academy (2014). Beliau telah berlakon dalam Everybody Wants Some!! (2016), Why Him? (2016), Before I Fall (2017), Flower (2017), Set It Up (2018), dan Zombieland: Double Tap (2019). Beliau memegang watak utama dalam siri Ryan Murphy terbitan Netflix The Politician (2019).
Beliau ialah adik bongsu pelakon Madelyn Deutch, dan anak perempuan Howard Deutch dan pelakon-pengarah Lea Thompson. Deutch juga telah bekerja sebagai penerbit selain bidang lakonan, dan telah menerbitkan dan berlakon dalam The Year of Spectacular Men (2017) dan Buffaloed (2019).