Zamzarina Zambri

Datin Zamzarina Zambri (lahir 10 April 1973) merupakan seorang pengacara televisyen dan ahli perniagaan wanita Malaysia. Beliau berpengalaman luas dalam mengacarakan rancangan bual bicara sejak menyertai Radio Televisyen Malaysia (RTM).


Zamzarina Zambri
Kelahiran (1973-04-10) 10 April 1973
Pekerjaan
  • pengacara televisyen
  • ahli perniagaan
PasanganAdnan Derahman (cerai)
Rizal Mansor
Anak-anak3 termasuk Adriana Adnan

Di RTM, beliau juga berkhidmat sebagai wartawan penyiaran di Bilik Berita TV dan pernah menerbitkan rancangan pemberitaan dan program majalah TV, seterusnyaditugaskan mengetuai meja Wanita di unit berita TV.

Beliau berkelulusan perakaunan dan tidak mempunyai latar belakang dalam penyiaran. Beliau berkahwin dengan Adnan Derahman dan bercerai, serta dikurniakan tiga anak. Anak sulung beliau, Adriana juga terlibat dalam bidang penyiaran. Zamzarina juga ialah pengarah urusan Harmony Mall Sdn. Bhd. dan merupakan salah seorang daripada 11 usahawati yang menerima penghargaan daripada Shaklee Malaysia.