Zakir Naik


Zakir Naik
ذاکِر ناعیک
ज़किर नाएक
Zakir Naik semasa menyampaikan ceramah di Maldives
Kelahiran
Zakir Abdul Karim Naik

(1965-10-18) 18 Oktober 1965
PendidikanKolej Kishinchand Chellaram
Pusat pendidikanUniversiti Mumbai
PekerjaanPenceramah bebas, Doktor perubatan
Tahun aktif1991–kini
Ahli lembagaIslamic Research Foundation
PasanganFarhat Zakir Naik
Laman web rasmiIRF.net
PeaceTV
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "religion"
Paparan amaran: Halaman menggunakan Templat:Infobox person dengan parameter tidak diketahui "Influenced by"

Dr. Zakir Abdul Karim Naik (lahir 18 Oktober 1965 di Mumbai) merupakan ulama, pendakwah dan penceramah dengan tajuk utama perbandingan agama. Beliau doktor perubatan setelah mendapat Sarjana Perubatan dan Bedah (MBBS) dari Universiti Mumbai. Pada tahun 1991, beliau berhenti dari kerjaya doktor perubatan dan beralih kepada bidang dakwah.

Dr. Zakir Naik (44) adalah pengasas dan presiden Islamic Research Foundation (IRF) yang memiliki siaran Peace TV di Mumbai,India. Beliau mendapat inspirasi dari Syeikh Ahmed Deedat kerana keupayaan menyampaikan dakwah Islam secara terperinci dan membidas kenyataan agama lain dengan kenyataan dari hafalan ayat-ayat dari kitab Al-Quran, Injil dan pelbagai lagi.