Zainol MacWilson
Zainol MacWilson | |
|---|---|
| Kelahiran | Zainol MacWilson bin Mohd Johari MacWilson 5 Ogos 1958 |
| Pekerjaan | Penyampai berita, pelakon |
| Tahun aktif | 1988 –kini |
| Pasangan | Maslinda Yusoff (k. 1994) |
| Anak-anak |
|
Zainol MacWilson Mohd Johari MacWilson (lahir 5 Ogos 1958) atau lebih dikenali sebagai Zainol MacWilson adalah seorang bekas penyampai berita TV3 dan pelakon lelaki Malaysia yang berwajah Pan-Asian. Beliau berdarah kacukan Melayu-Inggeris.
Zainol pernah bertugas sebagai penyampai berita TV3 pada tahun 1990-an dan kemudiannya berhijrah ke luar negara beberapa tahun sebelum kembali semula ke Malaysia untuk terlibat dalam dunia seni. Beliau merupakan bapa kepada pelakon dan model jelita, Zahirah MacWilson.