Zainal Abidin Sakom
Dato' Haji Zainal Abidin Haji Sakom merupakan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) untuk kawasan Batang Kali, di daerah Hulu Selangor dan pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK). Beliau sering dijemput oleh RTM untuk membicarakan isu-isu semasa. Dari penampilannya, jelas beliau seorang yang Islamik.
Zainal Abidin Sakom | |
|---|---|
| Kelahiran | 14 Ogos 1950 |
| Pekerjaan | Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri |
Namanya kembali popular apabila kerajaan negeri Selangor pimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi syarat melantik beliau sebagai Pengerusi YBK dan 3 orang EXCO Selangor sebagai Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBK sekiranya mahu mendapat kelulusan merancang UiTM Serendah di atas tanah YBK.