Zaidy Abdul Talib
Zaidy Abdul Talib | |
|---|---|
| Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor | |
| Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur, Kemudahan Awam dan Industri Asas Tani Negeri Selangor | |
| Dalam jawatan 26 September 2014 – 18 Mei 2018 | |
| Raja | Sultan Sharafuddin Idris Shah |
| Menteri Besar | Mohamed Azmin Ali |
| Didahului oleh | Sallehen Mukhyi (PAS) |
| Digantikan oleh | Izham Hashim (AMANAH) |
| Kawasan pilihan raya | Taman Templer |
| Ahli Dewan Undangan Selangor bagi Taman Templer | |
| Dalam jawatan 5 Mei 2013 – 9 Mei 2018 | |
| Didahului oleh | Subahan Kamal (UMNO-BN) |
| Digantikan oleh | Mohd Sany Hamzan (AMANAH-PH) |
| Maklumat peribadi | |
| Lahir | Mohd Zaidy bin Abdul Talib 27 Februari 1972 Pasir Mas, Kelantan, Malaysia |
| Parti politik | Parti Islam Se-Malaysia |
| Pasangan | Kasmawati Haron |
| Anak | 6 orang |
| Tempat belajar | Universiti Malaya |
| Pekerjaan | Ahli politik, perunding motivasi |
Haji Mohd Zaidy Abdul Talib (lahir 27 Februari 1972) ialah seorang ahli politik Malaysia berbangsa Melayu dari Parti Islam Se-Malaysia. Beliau pernah menjadi Ahli Dewan Negeri Selangor bagi DUN Taman Templer bertanding di atas tiket PAS.
Di peringkat parti, beliau merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Selayang. Di peringkat kerajaan negeri, beliau pernah dilantik sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor memegang portfolio Jawatankuasa Tetap Infrastruktur & Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri Selangor.