ZOY

Mohd Zohri Sukimi
Zoey
KelahiranMohd Zohri Sukimi
23 Januari 1959
Kampung Sijangkang, Banting, Selangor, Persekutuan Tanah Melayu
(kini Malaysia)
Meninggal dunia5 Mei 2016(2016-05-05) (umur 57)
Klang, Selangor, Malaysia
Kewarganegaraan Malaysia
Nama samaranZOY
Karya terkenal
Pendekar Sijangkang
Takluk Jagat
Ayoko

Ralat ungkapan: Pengendali < tidak dijangka

Mohd Zohri Sukimi atau lebih dikenali sebagai ZOY ialah seorang pelukis komik tahun 1980-an yang masih lagi aktif berkomik dan berkartun hingga ke akhir hayatnya. Bermula dengan komiknya yang berjudul Pendekar Sijangkang dengan Penerbitan Knight. Karya-karyanya menyingkap kehidupan rakyat Malaysia berbilang bangsa dan kebudayaan. Komik AYOKO merentas budaya dua negara iaitu Malaysia dan Jepun.

Selain daripada menyumbang komik untuk akhbar Utusan Malaysia dan majalah FANTASI (awal penerbitan), beliau turut menjadi pengilustrasi beberapa penerbitan lain. Kini, beliau menjadi pelukis kanan di Berita Harian dengan menyumbang komik mingguan dengan Berita Minggu dan sebagai residen kartun politik syarikat tersebut.

Karya terakhir beliau ialah Permata dan Keris Gajah Sewu yang tidak sempat dihabiskan setelah menghembuskan nafas terakhirnya di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang akibat radang paru-paru.