Yvonne Strahovski
Yvonne Strahovski | |
|---|---|
| Kelahiran | Yvonne Jaqueline Strzechowski 30 Julai 1982 Werrington Downs, New South Wales, Australia |
| Pekerjaan | Pelakon |
| Tahun aktif | 2004–kini |
Yvonne Strahovski (lahir Yvonne Jaqueline Strzechowski; lahir 30 Julai 1982) ialah seorang pelakon wanita Australia. Selepas menamatkan pengajian di Universiti Sydney Barat, beliau bekerja di sebuah stesen televisyen Australia. Kemudian beliau merantau ke Amerika, kemudian terkenal sejak muncul dalam siri televisyen NBC yang berjudul Chuck (2007–2012). Beliau memegang watak sebagai ejen CIA bernama Sarah Walker. Selain itu, wataknya sebagai Hannah McKay dalam siri Dexter (2012–2013) turut mempengaruhi popularitinya. Beliau juga menyumbangkan suara dan selaku model untuk watak Miranda Lawson dalam trilogi permainan video, Mass Effect.