Yusuf Islam

Yusuf Islam
Maklumat latar belakang
Nama lahirSteven Demetre Georgiou
Juga dikenali
sebagai
DOG
Kelahiran21 Julai 1948
Marylebone (en)
WarganegaraUnited Kingdom
GenreRock rakyat
Pop
PekerjaanPemuzik, penyanyi-penggubah lagu, penyanyi, pemain gitar, artis rakaman dan penggubah
Alat muzikGitar, piano, gitar bes dan suara
Tahun aktif1966
DiskografiLihat: Cat Stevens discography (en)
Syarikat rakamanIsland Records
Decca Records (mul)
Atlantic Records
A&M Records
Deram (en)
Anggota keluarga/pasangan
IbuIngrid Wickman (mul)
BapaStavros Georgiou (mul)
Pautan berkaitan
Tapak sesawangcatstevens.com
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Yusuf Islam (lahir sebagai Steven Demetre Georgiou pada 21 Julai 1948 di London), yang dikenali sebagai Cat Stevens sejak tahun 1966 hingga 1978, ialah seorang pemuzik, ahli muzik, penyanyi, pencipta lagu, pendidik, dermawan dan pemeluk agama Islam terkenal yang berbangsa Inggeris.

Sewaktu dikenali sebagai "Cat Stevens", beliau telah menjual lebih 60 juta album di seluruh dunia sejak akhir 1960-an. Dua album beliau iaitu Tea for the Tillerman dan Teaser and the Firecat telah disijilkan oleh RIAA kerana mencapai status Platinum Beganda Tiga di Amerika Syarikat (tiga juta jualan setiap satu); album Catch Bull at Four pula menjual setengah juta salinan dalam dua minggu terawal sejak dikeluarkan dan merupakan LP #1 Billboard selama tiga minggu berturut-turut. Bakat mencipta lagu beliau juga memberinya dua anugerah ciptaan lagu ASCAP (untuk "The First Cut Is the Deepest" yang menjadi single hit untuk empat orang artis berbeza.)

Pada kemuncak kemasyhuran beliau, pada tahun 1977, Stevens memeluk agama Islam. Pada tahun 1978, beliau membawa nama Yusuf Islam, lalu meninggalkan kerjaya muzik untuk menumpu kepada tujuan pendidikan dan dermawan dalam masyarakat Muslim. Pada tahun 2006, beliau kembali ke persada muzik pop, dengan sebuah album yang mengandungi lagu pop serba baru sejak berlalunya 28 tahun yang berjudul An Other Cup.

Beliau telah dikurniakan beberapa anugerah kerana usaha-usaha memupuk keamanan di dunia, termasuk anugerah Man for Peace 2004 dan Hadiah Mediterranean untuk Keamanan 2007. Beliau tinggal bersama isteri beliau, Fauzia Mubarak Ali, dan lima orang anak di Brondesbury Park, London, dan sering mengunjungi Dubai setiap tahun.