Yuna Rahim

Yuna Rahim
Kelahiran
Shafiqah Husna binti Abd Rahim

(1995-04-26) 26 April 1995
PendidikanDiploma Seni Hiburan
Pusat pendidikanUniversiti Kolej KDU
PekerjaanPelakon
Tahun aktif2017–kini
Ketinggian1.72 m (5 ka 8 in)
PasanganAkmal Ayub (k. 2023)
Anak-anak1

Shafiqah Husna Abd Rahim (lahir 26 April 1995) atau lebih dikenali sebagai Yuna Rahim ialah seorang pelakon wanita Malaysia, berasal dari Ayer Hitam, Pulau Pinang. Beliau memulakan kerjaya lakonannya pada 2017 menerusi filem pendek Ngelamun, namun lebih dikenali dengan watak Cempaka dalam drama Sweet Dreams.