Yong tau fu

Yong tau fu
酿豆腐
Bahasa Cina
Maksud harfiah"tauhu tapai"

Yong tau fu (juga dieja yong tao foo, yong tau foo, atau yong tau hu, 酿豆腐) ialah sejenis hidangan sup Cina Hakka yang kerap didapati di Singapura dan Malaysia.

Di Malaysia, kawasan Ampang di Kuala Lumpur khususnya terkenal dengan hidangan ini dimulakan pada awal 1960-an oleh sebuah restoran bernama "Chew Kuan. Pokoknya, hidangan ini di mana tauhu dibubuh pes daging ikan atau ayam, dan dengan itu hidangan ini bernama "Yong Tau Foo" yang bermaksud "tauhu sumbat". Ia kebiasaan terbawa masyarakat Hakka menggantikan bahan tepung gandum yang tidak dapat diperolehi untuk membuat kulit ladu selepas penghijrahan dari utara ke selatan tanah besar China. Sejak itu beraneka sayur-sayuran dan masakan goreng juga turut dibubuhi sedemikian, jadi nama Yong Tau Foo pun digunakan untuk memaksudkan mana-mana makanan yang disajikan sedemikian.