Yasuhito Endo

Yasuhito Endo
Endo bermain bagi pasukan bola sepak kebangsaan Jepun 2010
Maklumat peribadi
Nama penuh Yasuhito Endo
Tarikh lahir (1980-01-28) 28 Januari 1980
Tempat lahir Bandar Kagoshima,
Wilayah Kagoshima, Jepun
Ketinggian 178 cm (5 ka 10 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Gamba Osaka
Nombor 7
Kerjaya remaja
1995–1997 Sekolah Tinggi Kagoshima Jitsugyo
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
1998–1999 Yokohama Flügels 16 (1)
1999–2001 Kyoto Purple Sanga 53 (9)
2001– Gamba Osaka 447 (93)
Pasukan kebangsaan
1998–1999 Japan B-20 11 (1)
1999 Japan B-23 7 (0)
2002–2015 Jepun 152 (15)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 6 Disember 2015
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 23 Januari 2015

Yasuhito Endo (遠藤 保仁, Endō Yasuhito, lahir 28 Januari 1980 di Kagoshima City, Wilayah Kagoshima) merupakan pemain bola sepak Jepun yang bermain untuk kelab Liga J., Gamba Osaka. Abangnya Akihiro, yang bersara pada tahun 2008, merupakan bekas pemain bola sepak professional, dan merupakan salah seorang pemain Pasukan bola sepak kebangsaan bawah-23 Jepun semasa Olimpik 1996. Beliau dianggap sebagai wira Gamba Osaka dan pasukan kebangsan Jepun kerana keupayaan hantaran bola, kepimpinan dan keupayaan menjaringkan gol. Beliau juga dikenali kerana ketepatan sepakan percuma. Beliau dihormati sebagai salah satu pemain tengah paling kreatif Jepun dan juga sebagai salah satu pemain bola sepak paling berbakat Jepun dalam generasinya, walaupun hanya bermain di liga domestik.